Thứ Bảy, 30 tháng 7, 2011

“Kami Bangkit Semula Bersama Primadunia” – Classmates Band

Classmates, sebuah band Punk Rock yang ditubuhkan sejak tahun 2009 terdiri daripada Topek (bass/vocal), ucop (gitar/backup vocal), Azim (gitar) & Elham (drum) kini muncul dengan album EP terbaru  berjudul ‘Good News Comes Soon’. EP ini terdiri daripada 4 buah lagu yang berjudul Primadunia, Dakapan Dunia, Mengejar Masa & To Be The One, di mana Primadunia & Dakapan Dunia pernah keudara di radio Suria Fm & Hot Fm. Mereka juga pernah berkongsi pentas bersama band-band popular seperti Awan band, Grey Sky Morning, Couple & Estranged untuk acara KL Big Party pada tahun 2010. Sejak itu, Classmates mula bergiat secara aktif sebagai band indie dengan membuat persembahan di FEYST 2011 (INDIE YOUTH FEST), DOME 2011, dan  BOB RINGGO ROCK SHOW 2011.

Terdiri daripada 4 orang anak muda, masing-masing masih mempunyai komitmen sebagai pelajar jurusan muzik di UITM Shah Alam. Namun, kesibukan belajar tidak menjejaskan semangat mereka untuk terus memperjuangkan muzik punk rock yang kini didominasikan oleh band Bunkface.

“Kami bermula di Johor pada tahun 2009, dan kini datang ke Kuala Lumpur sebagai pelajar & band. Setakat ini, kami tidak terikat dengan mana-mana syarikat label. Disebabkan kekangan kos, kami terpaksa mengambil masa 2 tahun untuk menyiapkan EP ini. Kini, ‘Good News Comes Soon’ menjadi titik permulaan buat kami untuk bergiat dengan lebih serius & profesional. Pada kami, ‘if you give up, you can’t do anything’. Pernah rasa putus asa, namun kami tetap bangun semula, maka lahirlah EP ini,” kata Topek selaku vokalis Classmates.

Classmates juga menceritakan kepada OHBULAN! mengenai pengalaman mereka sepanjang menyiapkan EP ini.

“Kami belajar membuat komposisi lagu, kalau boleh nak buat yang terbaik dalam setiap lagu. 2 tahun, kami ambil masa untuk mengenali setiap aspek teknikal serta mengumpul duit untuk menerbitkan EP ini. Setiap minggu, kami akan bergerak daripada Shah Alam ke Selayang untuk menjalani latihan serta membuat recording. Akhirnya, awal tahun ini lagu Primadunia mula diterima oleh pendengar dan dimainkan dalam radio. Pada kami, pengalaman mencipta lagu & membuat EP daripada A-Z merupakan satu pengalaman yang tidak ternilai,” jelas Elham yang mencerita perit getir sepanjang penciptaan EP ini.

Classmates kini menerima tajaan pakaian daripada 2 syarikat serta memasang hasrat untuk menampilkan Aizat dalam lagu mereka yang seterusnya.

“Dan, alhamdullilah. Berkat kesabaran, kini Classmates menerima endorsement daripada Crusty Clothing & Last Blood Clothing yang sudi menaja pakaian kami ke mana-mana gig atau konsert. Kami juga merancang untuk membuat video klip untuk single hit Primadunia dalam masa terdekat. Andai kata diberi peluang, kami ingin bekerjasama dengan Aizat untuk lagu-lagu yang seterusnya,” kongsi Zainatun, selaku PR Classmates.

Info:

Facebook Fanpage - http://www.facebook.com/classmatesband

Youtube - youtube.com/classmatesband


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét