Thứ Tư, 7 tháng 9, 2011

Sah! Marsha AF Pengsan Telan 30 Pil.

Sah, Marsha AF pengsan & dimasukkan ke hospital kerana menelan 30 biji pil yang masih belum diketahui jenisnya.

Sebelum ini, ramai yang beranggapan berita itu sekadar gimik promosi video klip terbarunya. Namun, anda perlu membaca laporan di bawah berulang kali bagi memahami maksud sebenar insiden yang dihadapi oleh Marsha.

Pihak OHBULAN! minta maaf atas ralat & salah faham yang dikeluarkan dalam artikel sebelum ini.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan Londoh, 26, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di Petaling Jaya, petang semalam selepas didapati tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumahnya.

Menurut sumber, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan pusat perubatan itu, dipercayai pengsan kerana mengambil pil secara berlebihan.

“Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil.

“Dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha.

Sementara itu, bekas pengurus Marsha, Syada Fiza mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mengambil pil secara berlebihan sebagai satu cubaan membunuh diri.

“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya yang hanya mengetahui berita itu daripada rakan.

Penyanyi yang terkenal dengan imej seksi ini pernah menggemparkan industri hiburan dengan berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong, Jun lalu.

Bagaimanapun, berita itu hanyalah gimik untuk pembikinan video klip terbarunya. – Berita Harian


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét