Thứ Bảy, 30 tháng 7, 2011

Norman Hakim & Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat.

Norman Hakim & Memey menangis sebaik sahaja Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur melepas & membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat, 3 tahun lalu. Keputusan telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Salehan Yatim yang berpuas hati apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan.

Pada 30 Oktober 2008 sekitar 3 pagi, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 35, dan pelakon drama, Memey atau nama sebenarnya, Suhaizah Suhaimi, 23, telah ditangkap berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang.

Mereka berdua kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Berita baik, kedua-dua pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 September ini di Crowne Plaza Mutiara, dimana Memey Suhaiza akan mengenakan set persalinan yang dipinjamkan, iaitu gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét