Thứ Sáu, 29 tháng 7, 2011

Perodua Tweckbot : Khidmat Pemeriksaan Kenderaan Berasaskan Twitter

Anda Keutamaan Kami’ ialah slogan jenama Perodua, dan Perodua ingin membuktikan bahawa slogan itu bukanlah satu omongan kosong semata-mata.

28 Julai 2011, Perodua melancarkan kempen perkhidmatan terbaru iaitu Perodua Tweckbot; satu servis yang julung kali diadakan di Malaysia, atau di seluruh dunia!

Perodua Tweckbot telah direka untuk membantu pelanggan Perodua melakukan pemeriksaan 15 poin cek kereta secara Percuma.

Untuk menikmati servis percuma ini, anda hanya perlu follow @MYPerodua terlebih dahulu. Jikalau team Perodua Tweckbot berada di lokasi anda pada tarikh yang ditentukan, anda boleh tweet mereka & mekanik Perodua bertauliah akan datang ke rumah anda untuk memeriksa kondisi kereta anda secara percuma. Siapa cepat, dia dapat!

Perodua Tweckbot diadakan demi memastikan anda dapat memandu secara selamat ketika sambutan raya kelak. Andai kata, mekanik mengenalpasti kereta anda tidak berada dalam keadaan yang memuaskan, anda akan dimaklumkan untuk menghantar kereta ke pusat servis berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

Pasukan Perodua Tweckbot akan mengunjungi beberapa lokasi residensi di Lembah Klang supaya anda, pemilik Perodua boleh tweet mereka di @MYPerodua dan mereka akan datang ke pintu rumah anda.

Dan, perkhidmatan ini eksklusif untuk pemilik Perodua sahaja.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét