Ramai yang teruja & gembira apabila mengetahui berita mengenai pengacara popular tv yang berumur pertengahan 30 ini telah mengikat tali pertunangannya bersama seorang wanita, bekas peserta rancangan realiti, sekitar awal tahun ini.
Al-kisahnya, hari ini kami menerima berita yang kurang mengembirakan mengenai mereka berdua.
Kami teringat, sebuah akhbar pernah melaporkan mengenai pasangan warga emas Shamsuddin Ngah Samat, 72, dan Umi Rais, 70 yang bernikah setelah 53 putus tunang. Shamsuddin berkata dia pernah bertunang dengan isterinya itu ketika berusia 19 tahun. Tetapi, pertunangan mereka hanya bertahan selama 4 bulan.
“Namun, saya tidak sangka jodoh kami masih ada walaupun sudah berpisah selama 53 tahun. Bagi saya, ajal maut, jodoh pertemuan Tuhan yang menentukan,” kata Umi Rais.
Apa sahaja sebab putusnya pertunangan, pengacara popular tv atau bekas peserta rancangan realiti berkenaan mempunyai alasan-alasan tersendiri. Sebagai orang Islam, kita perlu percaya bahawa ‘jodoh semua ketentuan tuhan’.
Apa pun, kami doakan mereka tabah menghadapi dugaan ini.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét