Thứ Tư, 24 tháng 8, 2011

“Ganja Tidak Merbahaya Dan Sebahagian Dari Hidup Selebriti Hollywood!” – Elijah Wood

Siapa tidak kenal dengan watak Frodo dalam filem Lord Of The Ring ini? Elijah Wood yang hanya berketinggian 1.68 meter bercakap kepada media tentang sokongannya terhadap penggunaan ganja di Hollywood dan seluruh dunia. Dia percaya bahawa penggunaan ganja adalah tidak merbahaya dan tahu dalam industri hiburan di Hollywood, ramai selebriti yang menjadikan ganja sebahagian dari hidup mereka.

Antaranya ialah mendiang Amy Winehouse, rappers Snoop Dog, Vanilla Ice, legenda reggae Bob Marley dan ramai lagi yang tidak kita ketahui. Untuk pengetahuan anda, Elijah Wood turut mengaku yang dia bukanlah pengguna ganja yang tegar tapi dia menyokong usaha aktivis-aktivis di Amerika yang menginginkan penggunaan ganja diluluskan kerajaan.

Sedikit info, ganja adalah sejenis tumbuhan yang hidup subur di negara seperti Mexico dan Africa. Bagi kami, elakkan pengambilan bahan yang mampu merosakkan sistem saraf dan pertumbuhan badan. Sayangilah keluarga anda, jauhi dadah!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét