Thứ Tư, 24 tháng 8, 2011

(Trailer) Filem Bertajuk “Cinta Kura-Kura” Lakonan Aeril Zafril Dan Tiz Zaqyah.

Ya, trailer filem Cinta Kura-Kura telah berada di laman facebook KRU Studios dan akan ditayangkan di pawagam sekitar tahun hadapan. Filem yang bergenrekan cinta komedi ini memaparkan kisah mengenai kura-kura yang boleh bercakap  (suara Zizan Raja Lawak) bernama Nico.

Seperti filem-filem KRU Studios sebelum ini, filem ini turut menggunakan teknologi CGI yang mantap. Kami pasti filem bergenre cinta komedi arahan Nizam Zakaria ini mampu memikat hati penonton. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, dan Daus AF8.

Kami sendiri tidak sabar menantikan filem ini di pawagam! Layankan video trailer selepas ini. Zaasss!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét