Ya, Awi Rafael & Neelofa kini dilamun cinta dalam video klip terbaru berjudul “Bila Aku Jatuh Cinta” terbitan Warner Music Malaysia. Ini merupakan single terbaru daripada Awi Rafael ini selepas hit dengan lagu Pulanglah yang dilancarkan pada April 2011. Single kedua bergenre sad ballad ini menjadi pertaruhan terbaru daripada Awi Rafael untuk memikat lebih ramai lagi pendengar mencintai lagunya. Sebagai pendatang baru, lagu-lagu Awi Rafael sememangnya mudah diterima oleh semua lapisan pendengar. Easy listening gitu.
Ada gosip yang kami terima mengenai Awi Rafael ni. Dengar cerita, wajah Awi Rafael yang kacak ini telah menjadi rebutan beberapa selebriti wanita yang terdiri daripada pelakon drama serta penyanyi rancangan realiti yang baru meningkat naik. Siapakah gerangan mereka itu? Kalau berebut pun, janganlah sampai bergaduh ye dek non oi!
Bagi yang belum mengenali penyanyi ini, boleh singgah sebentar di Facebook Awi Rafael atau Twitter Awi Rafael. Enjoice “Bila Aku Jatuh Cinta” selepas ini, ada Neelofa!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét