Thứ Sáu, 26 tháng 8, 2011

Marion Caunter Dilantik Sebagai Duta Estee Lauder

Estee Launder, produk kecantikan & penjagaan wajah wanita telah melantik Marion Rose Caunter sebagai duta produk, semalam.

“Marion Caunter dilantik kerana dia mempunyai senyuman, keunggulan serta sikap yang positif yang mencerminkan kriteria wanita elegan & moden, amat sesuai dikaitkan dengan produk-produk Estee Lauder,” kata Katrina Liew, Pengurus Besar Penjenamaan, Estee Lauder Malaysia.

Marion Caunter akan dipaparkan dalam beberapa siri kempen iklan bermula Julai 2011 dan turut serta sebagai pengacara untuk program Estee Lauder Model Search 2011.

Selebriti ini mula mencipta nama sebagai hos untuk rancangan popular “8TV Quickie” sebelum menjadi hos untuk program seperti “One In A Million”, “Channel V International”, dan yang terkini, E! News Asia. Kini, Marion Caunter telah bergelar seorang isteri kepada CEO Naza Group, SM Nasa.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét