Thứ Năm, 25 tháng 8, 2011

Sampel DNA Tidak Diuji Dengan Betul- Pakar

Keadilan Daily

9.15 pagi: Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula dengan pakar DNA, Dr Brian Mc Donalds masuk ke kandang saksi untuk  menyambung memberi keterangan.

Ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong duduk di antara Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden Noorn Badaruddin.

9.19 pagi: Dr McDonalds menerangkan kepada mahkamah cara untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma.

9.29 pagi: Menurutnya, bahan kimia dikenali dengan nama DTT digunakan untuk mengekstrak DNA daripada sel sperma.

9.34 pagi: DTT akan ‘membuka’ kepala sperma membolehkan DNA diekstrak, kata Dr MacDonalds.

9.35 pagi: Karpal singh tiba di mahkamah.

9.44 pagi: “Jika analisa DNA tidak dilakukan dengan betul, bolehkah kita anggap sebahagian DNA tidak datang daripada sperma?” tanya Ram Karpal

“Ya, sebahagian DNA boleh datang daripada sel-sel epitelia (kulit),” balas Dr McDonalds.

9.53 pagi: Berdasarkan pemerhatiannya, ada kemungkinan Dr Seah tidak melakukan ujian DTT dengan baik,  kata Dr McDonalds.

Berdasarkan pemerhatiannya, ia tidak dilakukan oleh Dr Seah, kata Dr McDonalds.

“Berdasarkan bukti Dr Seah, beliau tidak menjalankannya.

“Sebab beliau tidak tahu samada terdapat DNA sel epitelia (kulit) dalam sampel sperma yang diambil,” kata Dr MacDonalds.

10.07 pagi: Dr Seah tidak boleh menganggap DNA Saiful yang dijumpai dalam putik kapas ditanda B8 dan B9 datang daripada kulit Saiful kerana beliau tiada bukti untuk membuktikannya, kata Dr MacDonalds.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét