Thứ Bảy, 27 tháng 8, 2011

Video : Iklan Hari Raya 2011 Yang Menyentuh Jiwa!

Iklan hari raya kalau tak menyentuh jiwa, memang tak sah. Tahap kreatif seorang pengarah dianggap berjaya apabila penonton dapat menyelami maksud tersirat & tersurat yang dipaparkan dalam video berkenaan. Terbaru, sebuah team produksi video yang tidak asing lagi, CST Production telah melancarkan video hari raya yang membangkitkan isu almari baru sebagai santapan penonton. Setakat hari ini, video Almari Baru ini telah mengumpul sejumlah 35 000 viewers dan ramai responden yang mengalirkan air mata ekoran tersentuh dengan mainan emosi si pengarah, Rosli Mohamed.

Apatah lagi, lakonan Wan Maimunah penuh dengan ekspresi emosi yang diperkuatkan lagi dengan muzik latar daripada Ungu berjudul Doa Untuk Ibu. Menurut CST Production, filem pendek ini dirakamkan bukan kerana ingin melihat orang menangis atau sedih sebaliknya hanya sekadar memperingati.

“Kadang-kadang kita hampir terlupa dengan apa yang pernah kita dapat” – CST Production.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét