Thứ Sáu, 26 tháng 8, 2011

Britney Spears Pilih Jadi Guru Jika Tidak Jadi Selebriti.

Britney Spears telah ditanya oleh wartawan, jika dia tidak menjadi artis sekarang, apakah kerja yang bakal dibuatnya sekarang?

Dan jawapannya, GURU! Sungguh berbeza dengan apa yang dilakukannya sekarang, dia berkata begitu kerana dia lebih selesa dengan tugas menjaga murid-murid dan juga dirinya yang sukakan anak-anak kecil. Dia yang banyak dipengaruhi ibunya turut berkata, ibunya juga adalah seorang guru dan jika dia menjadi seorang guru, dia memilih untuk menjadi guru bahasa atau guru sejarah.

Wahhh, bukan main cita-cita Britney Spears ini ya! Dengan kariernya yang penuh dengan konstroversi sekarang, boleh pula dia cakap pasal guru. Cuba bayangkan dia jadi cikgu di sekolah dan mengajar anak anda, agak-agak apa yang diajarnya?


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét