Thứ Tư, 24 tháng 8, 2011

“Berikan Max 24:7 Peluang Untuk Belajar Segalanya” – Aesar Mustafa, Produser.

Baru-baru ini, kumpulan M-Pop Max 24:7 melancarkan video klip terbaru berjudul Cinta 24:7. Hasil pemerhatian kami selama 24 jam, 98% daripada jumlah 96 komen diterima berunsurkan kritikan. Di laman Youtube pula, video klip Cinta 24:7 menerima 105 000 viewers, sebanyak 112 Likes & 3381 Dislikes diterima oleh kumpulan tersebut.

Pertemuan OHBULAN! bersama Aesar Mustafa, 31, produser Max 24:7 membongkar segala luahan hati yang dihadapi oleh mereka, sebagai penjelasan kepada semua penonton di luar.

“Sebenarnya saya pun agak nervous dgn fenomena yang terjadi. Penangan Max 24:7 ini memang mengejutkan kerana kebanyakan orang tau pasal kami sebab nak berikan kritikan. Sampai satu tahap dimana setiap minit org nak komen. Di Youtube sahaja, kami menerima 70 ribu viewers dalam masa 3 hari,” jelas Aesar Mustafa yang ditemui di Yok Sahur anjuran portal Murai, Jumaat lepas.

Aesar menjelaskan bahawa mereka tidak meniru K-Pop seperti yang didakwa oleh ramai pihak.

“Walaupun ini musim K-Pop, kami sebenarnya tidak meniru budaya sana. Saya membawa konsep M-Pop sebagai wadah baru untuk industri hiburan. Tapi, biasalah orang kita memang tak akan puas hati, dan tak puas hati. Orang kata step mereka tak seragam & sebagainya. Bagi saya, pembabitan mereka sejak ditubuhkan 5 bulan lepas sehingga kini, amat bagus. Kami praktis setiap hari, kecuali hari Sabtu.

“Saya akui, mereka ni masih baru. Bagilah kami peluang dan masa untuk menyeragamkan segalanya. Kritikan yang kami terima memang tak henti-henti. Cuma, saya harap dengan latihan intensif, Max 24:7 tunjukkan kemajuan yang dapat menutup segala kata-kata orang.

Aesar turut menyangkal dakwaan orang mengenai Max 24:7 menggunakan AutoTune kerana tidak boleh menyanyi.

Bagi saya, autotune ialah satu fesyen muzik, muzik moden. Contohnya, kalau kita pakai baju terlalu simple, kita hiaskan dengan benda-benda lain. Walaupun sesetengah orang menganggap pengunaan autotune tu sebab tak pandai nyanyi, insyallah kami akan buktikan kepada orang ramai bahawa kami boleh menyanyi secara live apabila dapat peluang buat persembahan di luar.

Apa komen Aesar apabila menguruskan 12 orang dalam satu-satu masa?

Alhamdullilah, setakat ini 12 org ini merupakan adik-adik saya yang amat baik. Mereka boleh berikan komitmen masa & tenaga dengan menjalani latihan mulai 10 malam – 2 pagi, setiap hari. Sengaja kami buat malam kerana ada di antara mereka mempunyai komitmen kerja. Jadi, setiap malam kami praktis menari dan menyanyi untuk memantapkan persembahan.  Saya harap mereka dapat improve & muncul di pentas dengan lebih bergaya.

Bagaimanakah bentuk latihan yang Max 24:7 lakukan?

Daripada segi latihan, badan mereka masih ‘terkejut’ untuk menerima step dan bentuk tarian yang saya ajar. Saya akui kumpulan K-Pop di Korea menjalani latihan 3 tahun sebelum debut. Tapi, kalau saya nak tunggu 3 tahun lagi, trend muzik mungkin sudah berubah. Apa pun, saya bersama Max 24:7 akan tabah menghadapi segalanya.

Pengalaman Aesar sendiri dalam dunia K-Pop?

Sebenarnya, atas pemintaan client kami pernah membuat persembahan lagu Super Junior. Kami reka step sendiri, tapi menggunakan lagu mereka. Apabila video tersebut dimuatnaik, ramai yang mengkritik kononnya kami merosakkan tarian Super Junior. Ada yang berkata kami sebenarnya perasan Korea, sedangkan ada yang muka Jawa, muka Ipoh. Pada saya, itulah MPop, itulah Malaysia.

Saya nak bawa konsep MPop ini dengan saduran rakyat Malaysia sendiri.

Apakah penerimaan ahli kumpulan terhadap kritikan orang ramai?

Pada mulanya, mereka agak tertekan. Kemudian, saya nasihatkan mereka bersabar kerana ini adalah dugaan dunia hiburan. Kadang-kadang apa yang dikritik oleh orang memang betul. Saya tak nafikan kami masih perlukan improvasi. Lagipun, setiap penonton mempunyai hak untuk menegur apa yang baik, apa yang buruk.

Cuma, saya merayu kepada mereka di luar sana supaya berikan mereka masa untuk memantapkan segalanya. Insyallah, mereka akan tip top dengan persembahan dalam masa 5 bulan lagi.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét