
Foto ehsan : Mohd Redzuan (Cipot Redz)
“Perubahan yang dilakukan oleh isteri saya memang telah dijangkakan, cuma saya tidak sangka perkara ini terjadi di awal perkahwinan kami. Saya gembira & bersyukur kerana isteri saya benar-benar ikhlas untuk memakai tudung. Satu hadiah yang terbaik sebagai ulang tahun perkahwinan kami yang pertama nanti,” kata Megat Bashirun Qayyum dalam nada gembira apabila memberikan komen mengenai penampilan Raja Farah.
Megat juga menyarankan Raja Farah supaya kekal bertudung kerana enggan membangkitkan sebarang kontroversi atau kata-kata kurang enak daripada orang luar.
“Saya telah berpesan kepada isteri supaya kekal bertudung dan bukannya memasang niat separuh jalan. Bukan apa, saya tidak mahu isu-isu sebegini diperkatakan oleh orang luar pula. Lagi pun, kontroversi yang lepas masih meninggalkan impak kepada kami sekeluarga. Apa pun, saya mendoakan agar tuhan menetapkan niat isteri untuk kekal bertudung, amin,” jelas Megat yang ditemani oleh Raja Farah di PWTC, minggu lepas.






Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét