Chủ Nhật, 21 tháng 8, 2011

“Hubungan Saya & Keluarga Terjejas Ekoran Gambar Itu” – Nurul Ain Nordin, Pelakon Suatu Malam Kubur Berasap.

Nurul Ain Nordin, pelakon filem Suatu Malam Kubur Berasap pernah menimbulkan kontroversi apabila gambarnya yang mendedahkan bahagian belakang badan tersebar di ruangan internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Isunya, gambar tersebut sepatutnya hanya berada dalam simpanan studio untuk proses editing bagi poster filem Suatu Malam Kubur Berasap. Namun, entah apa silapnya, ada pihak cuba menciptakan spekulasi sehingga menjejaskan nama baik pelakon baru ini.

Sehingga hari ini, Nurul Ain atau lebih dikenali sebagai Ain tertanya-tanya bagaimanakah individu atau blogger itu berjaya mendapatkan gambar berkenaan.

“Saya dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu melalui kawan, ketika itu saya sedang tidur. Apabila saya periksa blog itu, saya amat terkejut & sedih dengan komen-komen yang dilemparkan oleh penulis. Saya tak pasti macam mana gambar itu boleh terlepas ke tangan individu itu kerana gambar itu (mengikut perjanjian) hanya digunakan untuk proses editing poster filem Suatu Malam Kubur Berasap,” jelas Ain dalam nada sedih.

Kenapa tak saman je individu berkenaan?

“Saya masih mentah, baru. Saya tak tahu macam mana nak ambil tindakan terhadap individu itu. Ada juga minta nasihat daripada orang berpengalaman, namun mereka sarankan saya supaya biarkan sahaja,” jelas Ain lagi.

Pernah jemput pemilik blog hadir ke acara

“Setelah gambar itu tersebar, saya secara peribadi menulis dan merayu kepada pemilik blog itu supaya memadamkan entri berkenaan, namun tidak diendahkan. Bukan itu sahaja, saya pernah menjemput individu itu untuk berjumpa, tapi tiada jawapan. Sebenarnya, saya nak tanya macam mana dia boleh dapatkan gambar itu. Dan, saya nak tanya apakah perasaannya apabila mengeluarkan gambar itu,” kata Ain yang ditemui di Studio Outloud, Bandar Damansara Perdana, Selangor.

Hubungan keluarga terjejas, kekasih putuskan cinta

“Ekoran penyebaran gambar itu, saya hampir dibuang pihak institusi atas tuduhan memalukan imej. Namun, perkara itu telah diselesaikan hasil sokongan semua pihak.

“Selain itu, mak saya merupakan seorang pensyarah. Apabila gambar sedemikian tersebar, ramai orang yang memandang sinis dan membidas mak saya. Ekoran daripada itu, hubungan kami berdua terjejas sehingga sebulan lamanya. Malah, kekasih turut putuskan hubungan kerana malu. Kawan-kawan turut lari daripada saya. Ketika itu, saya terpaksa hadapi semua lemparan kutukan seorang diri, memang down sangat,” kata Ain menjelaskan impak yang diterima selepas penyebaran gambar tersebut.

Kuatkan semangat, dapat sokongan moral

“Saya mengalami kemurungan, tiada semangat untuk bekerja. Namun, saya bersyukur apabila bos serta seluruh produksi Outloud Studio memberikan sokongan moral yang tidak terhingga. Sekarang, saya sudah kuat semangat & pulih daripada kemurungan tersebut. Saya harap, semua orang mendoakan kebaikkan terhadap diri saya,” kata Ain yang kini tampil lebih bertenaga.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét