Chủ Nhật, 7 tháng 8, 2011

Johnny Depp Bakal Kembali Dengan Filem Terbaru, The Vault.

Johnny Depp bakal kembali dan berlakon untuk filem The Vault. Filem ini diambil dari komik keluaran Image Comic, iaitu syarikat yang kebanyakan pelukis mereka adalah dari Marvel Comics.

Belum jelas lagi siapa yang akan menjadi pengarah utama filem ini, yang pasti Johnny Depp adalah salah seorang pengarah utama filem ini.  Selain Depp, Christi Dembrowski (Infinitum Nihil), Graham King (GK Films), dan Tim Headington (GK Films) juga akan turut membantu dalam pembikinan filem ini.

Menurut IGN, The Vault yang ditulis oleh Sam Sarkar berkisah tentang sekelompok pemburu harta karun yang terlibat ke Sable Island, tanah perkuburan yang berada di Atlantic Utara. Di sinilah ceritanya bermula, tapi tarikh filem ini masih belum ditentukan lagi.

“Saya sangat berterima kasih dan gembira kerana mendapat sokongan dari Johnny, Christi, Graham, Tim dan Denis dalam membikin filem THE VAULT,” kata Sam Sarkar.

Johnny Depp popular dengan filem lakonannya iaitu Pirates of The Carribean dan banyak lagi. Watak yang selalu dibawakan olehnya pula selalu nampak serius dan kelakar. Jadi nantikan sahaja filem terbaru pelakon ini keluar di pawagam.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét