Thứ Sáu, 19 tháng 8, 2011

Keluh-Kesah Syed Sebagai Usop Wilcha

Pemilik nama Syed Mohamad Asri, 46 yang melonjak naik namanya ekoran watak Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tidak menyangka populariti itu sebenarnya menuntut pengorbanan yang besar. Apatah lagi, kini Syed telah pun dilantik sebagai DJ untuk sebuah radio tempatan, dan pada masa yang sama memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat Syarikat Tanjug Offshore Berhad.

Dibebani 2 tugasan menuntut Syed mengorbankan lebih masa untuk kareer berbanding keluarga. Disebabkan itu, timbul pula cerita kononnya Syed akan meletakkan jawatan daripada Tanjung Offshore kerana kekangan masa. Temubual OHBULAN! bersama Syed di One Utama semalam membongkar isi hati seorang pelakon, dan profesional.

“Buat masa ini, saya masih belum sah berhenti daripada Tanjung Offshore. Saya masih berunding dengan pihak syarikat mengenai komitmen kerja. Sementara berunding, saya perlu susun atur jadual supaya kareer sebagai DJ & pengurus, termasuk masa untuk keluarga tidak terjejas.

“Antara yang menjadi isu mengenai perletakan jawatan saya ialah keluarga. Sejak memikul 2 tugasan, saya akui terpaksa berkejar ke sana dan ke sini sehingga mengabaikan keluarga. Saya gusar, anak saya yang masih kecil akan kurang mendapat perhatian daripada saya. Itulah salah satu sebab saya perlu pilih salah satu kareer, walaupun hati ini amat berat nak lepaskan,” jelas Syed membuka ceritanya.

Tidak Terkilan Lepaskan Jawatan

“Tugas saya di Tanjung Offshore sememangnya sama dengan tugas saya sebagai DJ. Walau bagaimanapun, saya memilih untuk menjadi DJ kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Nak kata sayang tu, memang ada. Cuma, kalau imbas kembali, apa yang saya lalui sekarang pun saya tidak jangka.

“Perumpamaanya seperti di depan ada dua simpang. Kita perlu pilih satu jalan mengikut kata hati,” kata Syed lagi.

Kritikan Pendengar Terhadap Usop Wilcha

“Mengenai selera pendengar, benda ini amat subjektif. Ada yang kata bagus, ada yang tidak. Dalam industri hiburan, kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Namun, saya masih menerima kritikan yang membina untuk memperbaiki apa sahaja kekurangan dalam penyampaian di radio. Apa yang saya boleh buat adalah melakukan kerja dengan ikhlas dan terbaik.

“Fenomena Usop Wilcha ini membuatkan ramai pendengar mempunyai expectation yang tinggi. Berikan masa, saya akan slowly inject some humor di konti.

“Saya faham, ramai orang meletakkan harapan terhadap Usop Wilcha di radio. Bezanya, kredibiliti Usop Wilcha secara visual sudah terbukti. Kini, saya perlu fokus untuk memperbaiki watak Usop Wilcha secara audio.

Menghiburkan Pendengar Di Radio, Amat Mencabar

“Saya ambil peluang sebagai DJ kerana nak mencari kelainan dalam kareer. Walaupun mencabar, saya ikhlas bekerja untuk menghiburkan para pendengar. Namun, saya tak boleh nak jadi Usop Wilcha sepanjang masa. Itu akan membuatkan saya tidak ikhlas terhadap diri sendiri.

“Saya masih perlukan masa untuk menjadi Usop Wilcha, kerana saya sudah 45 tahun menjadi Syed. Saya harap, pendengar faham & memberikan sokongan yang padu kepada kareer saya,” kata Syed mengakhiri temubual bersama OHBULAN!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét