Chủ Nhật, 21 tháng 8, 2011

“Kenapa Lofa Nak Jatuhkan Maruah Sendiri?” – Neelofa

Baru-baru ini, Neelofa, 22 telah ditaburkan lagi dengan gosip konon dia menyebarkan cerita kepada orang produksi bahawa keretanya telah ditaja oleh VVIP. Gosip tersebut turut menyebut Neelofa sengaja menyebarkan cerita berkenaan untuk membuktikan dirinya mempunyai hubungan yang rapat dengan VVIP berkenaan.

Walau bagaimanapun, Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa menafikan gosip tersebut ketika ditemui di One Utama, sempena program raya TV3 & TV9, Khamis lepas.

“Cerita tu tak betul, kenapa Lofa nak jatuhkan maruah sendiri? Lagi pun, keluarga Lofa tidak pernah mengajar untuk berbangga dengan barangan mewah. Kalau diikutkan, dari zaman Dewi Remaja lagi ramai orang sudah memperkatakan aset-aset seperti baju & handbag yang dimiliki oleh Lofa sendiri, ” jelas Lofa mengenai gosip berkenaan.

“Pada Lofa, buat apa nak minta barang-barang daripada lelaki, lebih baik Lofa cari sendiri, lagi puas hati. Melainkan kalau Lofa sudah berkahwin, suami sendiri yang berikan hadiah kepada Lofa, sudah tentu Lofa terima sebagai tanda penghargaan. Selagi lelaki itu bukan suami, memang Lofa tolak serta-merta,” kata Lofa menjelaskan pendiriannya.

“Kontroversi baik atau buruk, masih publisiti. Adakalanya ia membantu perjalanan kareer Lofa. Cuma, kalau gosip itu berpanjangan, tidak elok juga. Apa yang Lofa akan buat, insyallah apabila keluarnya produk-produk lakonan, ia boleh membantu mengubah persepsi orang terhadap Lofa.

“Walaupun kerap dilemparkan dengan gosip, itu adalah asam garam dunia hiburan. Yang penting, Lofa fokus pada kerjaya lakonan serta perniagaan kasut wanita yang diceburi. Insyallah, Lofa akan memperbesarkan bisnes kasut akhir tahun ini,” kata Lofa yang kini sudah pun membintangi 4 buah filem iaitu, Azura, King Kapcai, SAM & Lemak Ku Santan.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét