Desas-desus dari sumber terapat kami memberitahu bahawa Konsert Suara Kami Astro bakal diadakan pada 17 September ini di Stadium Merdeka. Antara barisan artis antarabangsa yang akan tampil membuat persembahan adalah Pitbull dan ini bukan kali pertama beliau membuat persembahan di Malaysia.
Yang menarik tetapi yang ‘potong stim’nya adalah, pada awalnya kami dikhabarkan yang akan membuat persembahan adalah Paramore dan sudah ditetapkan. Tetapi atas sebab tertentu, Paramore telah dibatalkan dan diganti dengan Pitbull yang popular dengan lagu ‘Bon Bon’. Apa salahnya jika kedua-duanya dibawa sekali untuk konsert ini?
Kali pertama Pitbull yang berketurunan Cuban-American ini turun ke Malaysia adalah pada tahun 2010 dan telah menarik ramai peminat untuk menghadiri persembahannya. Antara Pitbull dan Paramore, yang mana satukah pilihan anda?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét