Baru-baru ini, sebuah portal online bersama 50 selebriti telah berganding bahu untuk meraikan sebuah rumah kebajikan anak yatim sempena program bersahur. Selain selebriti, program berkonsep amal ini turut mendapat sokongan ramai media yang hadir bersama untuk memeriahkan majlis.
Kebanyakan selebriti popular amat seronok bertemu & melayan kerenah kanak-kanak ini. Ada juga selebriti yang memberikan pengalaman istimewa buat kanak-kanak ini dengan persembahan nyanyian kegemaran mereka. Walau bagaimanapun, majlis meraikan anak yatim ini telah dicemari dengan insiden yang menjelikkan mata.
Al-kisahnya, sebuah kumpulan feeling K-Pop yang terdiri daripada 12 orang nampaknya tidak memahami erti “meraikan anak yatim”. Ketika selebriti lain sibuk melayan kerenah kanak-kanak ini, kumpulan K-Pop ini duduk mendiam diri di belakang menonton sahaja gelagat orang ramai. Macam tengok drama swasta pula!
Ramai selebriti lain termasuk pihak media sekadar minum air kerana mengenangkan perihal kanak-kanak ini yang mungkin sekadar menjamah makanan bertaraf hotel setahun sekali. Tetapi, kumpulan K-Pop ini macam tak segan beratur bersama dengan kanak-kanak untuk menikmati juadah bersahur. Adoi, bagi’lah can dekat budak-budak tu, itu pun nak kena ajar ke?
Dan yang paling meluat, majlis ini sebenarnya telah disusun atur dengan persembahan selebriti-selebriti terpilih. Namun, kumpulan K-Pop ini bermuka tebal meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat persembahan, macam nak ambil kesempatan promosi diri pula, kan? Nasib baik niat kumpulan K-Pop itu tak dibenarkan oleh pihak penganjur. Kalau tak, memang tak dapat nak bayangkan macam mana!
Nasihat kami, tak salah kalau persembahan atau nyanyian tak sedap. Tapi, janganlah sampai perangai pun jadi buah mulut orang, faham?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét