Thứ Tư, 3 tháng 8, 2011

(Music Video) Noh Salleh (Hujan) Mengikut Jejak Langkah Mizz Nina?

Kami pernah terdengar ura-ura bahawa Noh Salleh (Hujan) bakal mengikut jejak langkah Mizz Nina tapi tidak dapat buktinya kerana tidak mungkin penyanyi yang popular dengan lagu-lagu seperti “Ku Mahu Kau Tahu” dan “Pagi Yang Gelap” ini menyanyi lagu-lagu yang bergenre progresif. Tapi kemunculan lagu “Bila Seharusnya” di Youtube betul-betul mengejutkan kami.

Kolaborasi antara Goldfish And Blink dan Noh Salleh benar-benar memikat halwa telinga kami. Gabungan irama “dubstep” dan “progressive”  telah merevolusikan penyanyi yang juga suami kepada penyanyi popular Mizz Nina dengan lagu barunya, “Take Over ft. Flo Rida”.

Bagi yang tidak mengenali Goldfish And Blink, mereka berdua adalah dj yang popular di Malaysia dan selalu spin di kelab seperti Zouk KL. Mereka juga adalah dj yang berkolaborasi bersama Altimet untuk lagu In Da House.

Tidak perlu bercakap panjang lagi, anda layankan sendiri lagunya. Yeahh!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét