Thứ Ba, 23 tháng 8, 2011

Nabila Huda Bakal Bercerai Setelah Lebih 3 Tahun Berkahwin?

Baru sahaja menerima perkhabaran baik dari pasangan Marion Caunter dan SM Nasa, kini timbul pula konstroversi baru. Desas-desus  mengatakan Anak Amy Search iaitu Nabila Huda sedang dalam proses memohon perceraian bersama suaminya, Zaidi Zailani.

Kami agak sedih mendengar perkhabaran ini kerana tidak lama lagi Aidilfitri bakal menjelang. Yang menjadi mangsa adalah anak mereka yang bakal terumbang-ambing. Dia yang ditemui oleh akhbar tempatan di pejabat JAWI berkata,

“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.”

Tidak dapat dipastikan apa punca masalah mereka, tapi kami berharap yang mereka fikir masak-masak balik dan buat pilihan yang betul. Ini tidak, bila sayang semua boleh, bila dah tak sefahaman, masing-masing nak bercerai. Habis madu sepah dibuang.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét