Chủ Nhật, 21 tháng 8, 2011

Pelakon Wanita Mungkir Janji Tempahan Kuih Raya

Perkenalan rapat pelakon wanita berwajah Pan-Asia ini bersama seorang wartawan senior belum tentu menjaminkan semangat setiakawan. Apakan daya, jasa wartawan senior yang selama ini membantu meningkatkan kareernya tidak dihargai, malah diperkotak-katikkan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Al-kisahnya, setiap tahun wartawan senior ini menjalankan bisnes kuih raya yang dibuat hasil usaha orang tuanya. Keenakan kuih rayanya memang dikenali ramai selebriti sehinggakan ada yang menempah 42 botol. Pendek kata, memang laku sangat!

Kerana tidak mahu menghampakan tempahan para selebriti, wartawan senior ini sanggup berulang alik daripada Kuala Lumpur ke sebuah negeri di utara Malaysia untuk mengambil stok baru. Walaupun tugas kerja padat, kerana janji tempahan, dia turutkan juga.

Sekembalinya wartawan senior ini daripada kampung halaman, dia dengan segera menghubungi kesemua pelanggan untuk mengambil stok tempahan. Kesemua selebriti mengambil tempahan mereka, kecuali seorang pelakon wanita yang feeling penyanyi ni (sendu suaranya). 14 botol kuih raya ditempah, namun setiap panggilan + SMS+ BBM daripada wartawan senior ini tidak dijawab. Sudah berhari-hari dihubungi, namun tiada sebarang balasan.

Terkini, pelakon wanita yang telah menjanda 2 kali ini telah membuang wartawan senior ini daripada senarai rakan BBM. Apabila ditanya, pelakon wanita ini memberi alasan handphonenya rosak. Namun, apabila diperiksa twitternya, updated setiap 5 minit pula. Kantoi tiada alibi, kan?

Andai kata pelakon wanita itu tidak mempunyai duit, wartawan senior ini bukan’lah jenis orang yang berkira. Alahai, setakat kawan-kawan boleh kasi hutang dulu. Lain benar perangai pelakon wanita ini, menghilangkan diri macam tiada apa-apa yang berlaku seperti kes ciplak lagu dulu.

Bukanlah soal rugi atau duit menjadi keutamaan wartawan senior ini. Sebaliknya, wartawan ini terkilan hati kerana janji pelakon wanita itu, memang tak boleh pakai!

Di kala orang bermaaf-maafan sempena Aidilfitri, pelakon wanita berwajah Pan-Asia ini seperti tidak menghargai makna kemaafan pula. Choy sangat!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét