
Hasil kerja keras selama 3 tahun, kumpulan yang bergenre “Indie Garage Rock” ini telah melancarkan album baru mereka yang menampilkan 13 buah lagu yang pernah dimainkan di radio-radio tempatan sejak 3 tahun lepas. Siapa yang tak kenal dengan single pertama mereka, “Mirage” yang selalu disiulkan ramai peminat setia kumpulan Pesawat yang dianggotai oleh 5 orang jejaka muda ini dahulu.
Kini hadir dengan album baru mereka berjudul “Take Off” sesuai dengan nama kumpulan mereka iaitu Pesawat, para peminat yang mendapatkan pek album yang original akan dihiburkan dengan klip video bonus mereka iaitu “Excuse Me”. Trek lagu “Excuse Me” ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai rentak yang catchy dan mampu menarik minat pendengar muzik tempatan.

Selain itu tema lagu bagi keropok “Twisties” iaitu “Mesti Mau” turut diselitkan dalam album terbaru mereka disamping lagu-lagu lain seperti “Hitam”, ”Bingit”, “Numb”, ‘”Jet-Lag” dan juga “Rasional Emosional”.
Kepada peminat setia Pesawat, cepat dapatkan album terbaru Pesawat yang sudah landing di kedai-kedai muzik berhampiran rumah anda! Info lanjut tentang kumpulan Pesawat boleh terus ke Pesawatmusic.com.
Gambar sekitar majlis pelancaran album “Take Off”.





















Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét