Pernahkah anda terfikir bagaimana umat Islam yang ditimpa musibah terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan menjelang Hari Raya? Ketika umat Islam sedang berpuasa dan sibuk melakukan persiapan untuk sambutan Hari Raya, bagaimana pula dengan nasib mereka yang ditimpa kemalangan dan kehilangan insan tersayang atau harta benda?
Antara paparan kes termasuklah Puan Saleha yang kehilangan suami akibat bencana ribut di Bazaar Ramadan Jasin, Melaka, tragedi kematian akibat mencari buluh dan kemalangan jalan raya di Ijok yang mengorbankan seorang ayah dan anak perempuan sementara ibu bersama 2 orang anak terselamat dari kejadian tersebut.
Rancangan ini akan bersiar pada 3 & 10 Ogos (Rabu) jam 11.30malam dan ikuti kisah penderitaan ahli keluarga yang terlibat selain dari redha dengan kematian demi meneruskan kehidupan dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.






Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét