Melodi merupakan sebuah program hiburan yang telah bertahan selama 23 tahun & paling tersohor di Malaysia; sering mendapat rating yang tinggi hasil daripada paparan berita sensasi yang disediakan oleh produksi Melodi. Jadi, tak hairanlah jikalau ada segelintir artis baru yang memasang impian untuk hadir ke mana-mana acara yang diaturkan oleh produksi Melodi. Untung nasib masuk TV, ye tak?
Al-kisahnya, minggu depan produksi Melodi akan mengadakan program rakaman khas Melodi Raya, di PWTC. Namun, ada perkara yang dirunsingkan oleh mereka mengenai penganjuran Melodi Raya kali ini. Menurut sumber, tahun lepas seorang pelakon veteran merajuk kerana tidak mendapat tempat duduk. Kalau boleh, produksi Melodi ingin mengelakkan kejadian seumpama itu berulang kembali.
Namun, ada segelintir artis baru ini dikatakan bersifat demanding. Sudah diberi 1 pas, dia minta pula 3 pas untuk bawa PA (personal assistant) & manager. Tak kurang juga nak bawa jiran, kawan & adik beradik.
Sebenarnya, produksi Melodi amat mengalu-alukan kedatangan artis baru. Cuma, mereka mengharapkan kerjasama daripada artis-artis baru ini kerana tempat duduk amat’lah terhad.
Bagi memperkemaskan penganjuran Melodi Raya 2011, mereka juga akan memperketatkan kemasukan para artis kepada 1 jemputan sahaja.”Mana-mana individu yang tidak membawa kad jemputan tidak akan menerima akses masuk.”
Susunan meja juga diperketatkan. Artis akan duduk bersama artis, manakala PA & manager akan duduk tempat lain. Mereka juga tidak menjamin PA atau PR (public relation) akan mendapat tempat duduk pada hari berkenaan.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét