Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean telah mengalami kemalangan semalam bersama kereta sports McLaren F1 yang dibelinya dengan harga £650,000 (Pound Sterling) di Cambridgeshire, London. Insiden ini berlaku apabila Rowan Atkinson gagal mengawal stering keretanya dan menyebabkan dia terlanggar pokok dan tiang lampu. Ajaibnya, pelakon yang popular dengan filem Mr. Bean dan Johnny English ini hanya mengalami kecederaan di bahagian bahu.
Untuk pengetahuan, kereta McLaren F1 ini adalah antara “supercar” dan ini adalah kali kedua beliau mengalami kemalangan dengan kereta yang sama dan kejadian pertama berlaku pada tahun 1999. Gambar selepas ini.
Kereta ini mampu bergerak dari 0-60 mph dalam masa 3.2 saat dan mampu memecut sehingga 230 mph. Bayangkan kelajuannya dan Mr. Bean telah terselamat dalam kejadian ini.





Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét