Thứ Hai, 1 tháng 8, 2011

The Playboy Club : Kisah Gadis Playboy Terima Bantahan.

The Playboy Club, sebuah drama berunsurkan provokatif yang bakal ditayangkan di saluran NBC telah menimbulkan kegusaran di kalangan penonton kerana ia disyaki mengandungi kandungan seks yang keterlaluan sedangkan episod pertama masih belum lagi ke udara di televisyen.

Saluran NBC telah menerima sepucuk surat daripada The Parents Television Council atas dakwaan mendedahkan kehidupan lucah rakyat Amerika melalui drama bersiri ini. Malah, sebuah rakan niaga NBC, KSL telah menolak untuk menyiarkan drama tersebut kerana ia tidak sesuai dengan polisi syarikat untuk “tidak menyiarkan material atau program yang berunsurkan provokatif seks.”

Drama bersiri ini akan mendedahkan kisah kehidupan Bunnies (gelaran gadis Playboy) pada tahun 1960 di bandar Chicago yang dilakonkan oleh Eddie Cibrian, Amber Heard dan David Krumholtz. Episod pertama akan keudara Isnin depan sempena musim luruh.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét