Thứ Tư, 24 tháng 8, 2011

“Zuan Azmi Bukanlah Wartawan Yang Dimaksudkan” – Fida Ibrahim.

Rafidah Ibrahim, 25 atau lebih dikenali sebagai Fida telah mengeluarkan kenyataan kepada sebuah akhbar terkemuka berkenaan perangai seorang wartawan yang menyebarkan cerita bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta. Apabila kenyataan tersebut dikeluarkan, ramai pihak yang berspekulasi bahawa Zuan Azmi, wartawan Melodi yang terlibat konflik cinta berkenaan. Susulan daripada itu, nama Zuan Azmi telah tercemar ekoran spekulasi yang tidak tepat dibuat terhadapnya.

Fida Ibrahim menjelaskan & menafikan segala desas-desus yang tidak tepat kepada OHBULAN! sebentar tadi. Ikuti laporan penuh selepas ini.

“Saya nak jelaskan kepada orang ramai bahawa wartawan yang dimaksudkan dalam artikel di akhbar berkenaan bukanlah Zuan Azmi. Semalam, saya sudah post di Facebook & Twitter menafikan spekulasi orang ramai mengenai Zuan Azmi. Saya harap para peminat tidak mengeluarkan kata-kata yang kurang manis kepada dia,” jelas Fida sekaligus menafikan pembabitan Zuan Azmi dalam cinta tidak berbalas.

“Hubungan saya & Zuan Azmi masih sama seperti dulu, berkawan baik & kami memang rapat. Dia banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya mengenai selok-belok dunia hiburan ini. Pada saya, Zuan seorang yang tidak cepat melatah walaupun ramai yang menghentam dia ketika rancangan Bang Bang Boom lepas.

“Dan spekulasi orang mengenai wartawan yang buat cerita itu adalah tidak tepat sama sekali kerana saya kenal Zuan, dan dia tidak akan buat macam itu,” kata Fida menjelaskan hubungan mereka berdua.

OHBULAN! pasti artikel ini sekaligus menjelaskan kekeliruan semua pembaca. Persoalannya, siapakah wartawan yang dimaksudkan oleh Fida?


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét