
Dikhabarkan kumpulan lagenda bergenre heavy-metal, Metallica bakal berkolaborasi bersama lagenda penyanyi kumpulan rock Velvet Underground iaitu Lou Reed! Sebelum ini kami pernah menulis mengenai kemungkinan Metallica akan membuat persembahan di Malaysia pada Disember ini tapi masih tidak dapat dipastikan samada jadi atau tidak.
Album terbaru Metallica dan Lou Reed ini sebenarnya sudah mula dirakamkan pada bulan Jun lepas lagi tanpa pengetahuan peminat mereka tetapi baru-baru ini mereka telah mengumumkan berita ini di laman web rasmi Metallica.com. Lou Reed turut berkata, album kolaborasi ini adalah album yang terbaik dari yang terbaik yang pernah dibuat oleh sesiapapun kerana akan menggabungkan dua lagenda, dua genre dan dua dunia antara Metallica dan Lou Reed!
Sedikit info, Lou Reed adalah pengasas utama kumpulan Velvet Underground yang terkenal pada tahun 1964-1973 dan telah memulakan karier mereka di New York.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét