Chủ Nhật, 21 tháng 8, 2011

(Trailer HD) Ghost Rider 2 – Spirit Of Vengeance, Masih Berapi!

Para peminat filem Ghost Rider, sila sejukkan diri anda dengan ais sekarang juga kerana filem terbaru yang dibintangi aktor terkenal Hollywood, Nicholas Cage bakal menemui anda pada tahun hadapan. Masih tidak dapat dipastikan bila tarikhnya tapi filem ini akan ditayangkan di Hollywood pada bulan Februari 2012.

Filem ini mengisahkan Johnny  Blaze atau Ghost Rider sedang mengasingkan diri di pedalaman Eropah,  berusaha untuk membuang sumpahan syaitan terhadap dirinya. Tetapi dia kemudiannya diminta bergabung dengan sebuah sektor rahsia untuk menghapuskan kuasa jahat yang sedang memusnahkan dunia.

Kami pasti filem terbaru lakonan Nicholas Cage ini pasti akan meletup di panggung kerana aksi-aksi yang lebih mantap dan bertenaga yang dipamerkan Ghost Rider (Johnny Blaze). Layankan video trailer selepas ini, yeahh!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét