Sebelum ini dunia telah dikejutkan dengan penyanyi soul dari British ini telah mati akibat pengambilan dadah dan alkohol berlebihan. Polis juga mengesahkan kematian Amy Winehouse berpunca dari dadah dan alkohol. Tetapi apabila laporan autopsi hasil bedah siasat mayat Amy Winehouse dikeluarkan, keluarga mendiang mendedahkan bahawa sistem tubuh badan mendiang tidak mempunyai bahan kimia dadah.
Ini sekaligus menafikan kematian mendiang berpunca dari dadah. Walaupun laporan autopsi mengatakan hanya alkohol yang dikesan berada dalam salur darah mendiang, tetapi ianya juga belum dapat dipastikan samada mendiang mati berpunca dari alkohol. Jadi setakat ini, laporan autopsi masih tidak dapat mencari punca kematian lagenda penyanyi berbakat ini.
Sedikit info, 23 Ogos semalam menandakan sudah sebulan mendiang pergi meninggalkan dunia ini.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét