Ya, ramai sudah tahu mengenai berita perpisahan Justin Bieber, 17, dan Selena Gomez, 19, dan kami pasti ramai haters JB tersangatlah seronok mendengar perkhabaran ini. Antara sebab dan punca utama Selena Gomez meninggalkan JB disebabkan dia tidak menyukai rakan-rakan JB seperti yang kami paparkan di artikel sebelum ini yang membawa pengaruh buruk pada Justin Bieber.
Selain itu, Selena Gomez turut berkata bahawa dia sudah bersedia untuk mencari seseorang yang lebih matang dan mempunyai sifat yang lebih bertanggungjawab. Justin Bieber dilihat Selena sebagai masih muda dan tidak mampu membuat keputusan dengan betul. Khabar angin perpisahan mereka mula tersebar apabila Selena mendapat tahu JB mula mendekati semula bekas teman wanitanya, Jasmine Villegas.
Khabar angin kini turut tersebar mengatakan Selena Gomez dilihat keluar berpacaran bersama hero filem box-office Transformer, Shia Labeouf. Samada betul atau tidak, tapi Shia Labeouf adalah lelaki yang cukup matang bagi Selena untuk berumahtangga berbanding JB.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét