
Siapa tak kenal kepada Kumpulan Spice Girls yang terdiri daripada Emma, Mel C, Mel B, Victoria (Posh) dan Ginger. Kumpulan ini pernah meletup dengan lagu-lagu hits mereka seperti ‘Viva Forever’ dan ‘ Spice Up Your Life’. Tipulah kalau anda tidak pernah dengar lagu-lagu mereka ini yang selalu bermain di corong radio sedekad yang lepas.
Kali ini, buat peminat setia Spice Girls, Ginger Spice bakal mengeluarkan album terbarunya selepas merasmikan majlis gaun petang untuk Next.
“Album ini sudah hampir siap. Saya tidak pasti pada tarikh lagi dan saya tidak akan memberitahu anda apa yang dhasilkan, kerana saya lebih suka membiarkan lagu-lagu saya menggambarkan sendiri maksudnya. Tetapi ianya amat bagus bagi diri saya untuk kembali dimana tempat saya berada, di atas pentas. Tak lama lagi. ”
Kami sendiri tidak tahu bila album Ginger Spice ini akan di‘release’,tapi buat peminat setia Spice Girls, anda sudah boleh mula memanaskan badan untuk berkejar ke kedai muzik berdekatan. Yeahh!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét