
Minggu lepas, Nursuhaila Eliani Suhaimy mendedahkan konflik dalaman yang dihadapi oleh dirinya & Jimmy Shanley kepada pihak media. Nursuhaila juga melemparkan beberapa dakwaan kepada suaminya (kini tidak tinggal bersama) sebagai faktor kenapa dirinya enggan kembali kepada Jimmy Shanley.
Antara dakwaan tersebut ialah dia telah ditampar apabila ingin keluar bertemu rakan sebelum malam perkahwinan. Bukan itu sahaja, Jimmy Shanley turut mengasari dirinya ketika berbulan madu di Koh Samui walaupun hanya kerana pertelingkahan kecil.
Menurut laporan Gua Malaysia, Jimmy Shanley bersedia untuk membawa konflik rumah tangganya ke mahkamah kerana mempunyai bukti-bukti kukuh. Jimmy Shanley juga mengambil sikap untuk mendiamkan diri kerana enggan dilabelkan sebagai ‘pencari publisiti murahan’.
Pada masa yang sama, Jimmy Shanley meminta masyarakat supaya “tunggu sahaja” kerana bukti-bukti yang diperkatakan akan didedahkan di mahkamah, kelak.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét