
Kings Of Leon menarik diri daripada konsert jelajah ke 50 bandar di seluruh US yang dijadual berlangsung daripada 5 Jun – 23 September 2011 ekoran masalah kesihatan yang dihadapi oleh vokalis, Caleb Followill.
Menyusul dengan pengumuman pembatalan tersebut, Kings Of Leon melancarkan penjualan kesemua lagu-lagu daripada album baru Come Around Sundown dengan harga US7.99 di laman rasmi band tersebut.
Pada 29 Julai 2011, Caleb Followill keluar daripada pentas ketika konsert yang berlangsung di Dallas. Dia memberikan alasan cuaca panas yang melanda negeri tersebut telah merosakkan kotak suaranya. Sejurus selepas itu, pada 1 Ogos 2011, Kings Of Leon secara rasmi mengumumkan pembatalan konsert jelajah tersebut.
Walau bagaimanapun, Kings Of Leon akan menyambung jelajah konsert di Vancouver, Canada pada 28 September. Konsert itu sepatutnya berlangsung pada 14 September.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét