Namewee, pengarah serta pemuzik yang pernah mencipta kontroversi dengan isu-isu membabitkan perkauman sekitar tahun 2008 akan melancarkan filem Nasi Lemak 2.0, satu filem yang dikatakan akan menginterpretasikan konsep 1 Malaysia. Susulan daripada itu, video berdurasi 7.32 mendedahkan pengalaman Namewee sepanjang pembabitannya membuat sebuah filem berkenaan tanpa membabitkan satu sen pun wang kerajaan.
Di sebalik kontroversi & populariti yang dicipta oleh Namewee, dia mengalami kekangan kewangan kerana tidak mendapat sokongan daripada mana-mana individu & bank demi menjayakan filem tersebut. Satu persoalan. Namewee tak cuba dapatkan dana daripada penonton di Youtube ke? Mengikut statistik Facebook, Namewee kini mempunyai lebih 500 ribu fans. So, do your math.
Dalam video tersebut, Namewee menyatakan yang dia merayu untuk berjumpa dengan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Datuk Seri Nazri, Ketua Jabatan Perdana Menteri pada akhir tahun 2010. Namun, sehingga kini hasratnya masih belum tercapai.
Tiada kepastian sama ada Namewee mempunyai agenda politik, atau benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan konsep perpaduan. Apatah lagi, rekod kontroversi Namewee sebelum ini amat berbisa.
Walau bagaimanapun, filem Nasi Lemak 2.0 mendapat sokongan daripada pelakon senior seperti Afdlin Shauki & Adibah Noor. Seorang lagi muka baru, pelakon drama Stanza Cinta, Nur Fathia turut menyumbangkan tenaganya untuk menjayakan filem tersebut.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét