Thứ Hai, 22 tháng 8, 2011

Konsert Rockaway Fest 2011 Bakal Tampilkan 3 Lagi Artis Antarabangsa?

Sebelum ini kami pernah menulis mengenai konsert Rockaway Fest 2011 yang bakal diadakan pada 8 Oktober ini bertempat di Bukit Jalil. Antara artis antarabangsa yang akan membuat persembahan adalah Sum 41 dan Dashboard Confessional. Konsert ini akan menjadi konsert pertama yang akan menggabungkan pelbagai genre muzik rock yang dianjurkan oleh pihak penganjur, Livescape.

Semalam, kami mendapat berita dari sumber terapat kami mengatakan pihak penganjur sedang menunggu jawapan dari kumpulan Blink 182, Jimmy Eat World dan juga Taking Back Sunday untuk turut membuat persembahan pada festival muzik terbesar di Malaysia ini. Kami pasti para peminat sudah tidak sabar untuk menantikan samada mereka akan turun ke Malaysia atau tidak sebab kami sendiri sudah menggigil kaki ni!

Bagi kami, harga tiket iaitu RM88 tersangatlah murah jika dibandingkan dengan band-band yang akan perform nanti seperti Metalasia, Hujan, One Buck Short, Love Me Butch, Monoloque dan lain-lain lagi kumpulan rock tanah air. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk konsert ini. Kunjungi laman RockawayFest.com untuk maklumat lanjut mengenai tiket!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét