Thứ Hai, 22 tháng 8, 2011

Majlis Perkahwinan Kim Kardashian Dianggarkan 10 Juta Dolar!

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai majlis perkahwinan selebriti hollywood, Kim Kardashian bersama pemain bola keranjang, Kris Humphries di sebuah lokasi rahsia bertempat di California. Majlis ini yang dibuat secara tertutup tetapi penuh kejutan telah dihadiri oleh 440 orang tetamu istimewa dan dihadiri oleh selebriti-selebriti hollywood pilihan Kim Kardashian.

Kim, 30, telah diapit oleh adik-beradiknya yang lain iaitu Khloe dan Kourtney. Majlis perkahwinan Kim dianggarkan membelanjakan hampir 10 juta dolar dan yang pastinya, perkahwinan Kim ditaja sepenuhnya tanpa dia mengeluarkan sesen pun. Kim yang popular dengan rancangan realiti tv, “Keeping Up With The Kardashian’s” pernah berkahwin pada tahun 2000 dengan Damon Thomas tapi hanya mampu bertahan sehingga tahun 2004 sahaja dan kemudian mereka bercerai.

Antara selebriti hollywood yang hadir termasuklah Avril Lavigne, Lindsay Lohan, Eva Longoria, Demi Lovato, Ryan Seacrest dan Mel B. Majlis perkahwinan ini juga ditutup kepada pihak media dan hanya satu sahaja media khas yang dibenarkan masuk. Para tetamu pula tidak dibenarkan merakam atau mengambil mana-mana gambar pada hari majlis berkenaan atas sebab tertentu.

Kami pun teringin majlis perkahwinan yang class macam ni, tapi apa boleh buat, tak ada orang nak sponsor kannnn.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét