Thứ Hai, 1 tháng 8, 2011

Oprah Winfrey Disaman Kerana Slogan Motivasi!

Percaya atau tidak, rakyat Amerika memang terkenal dengan kes-kes tuntutan atau saman yang tidak masuk akal. Simone Kelly-Brown, pemilik Own Your Power Communications Inc (OYP) telah mengemukakan saman terhadap Oprah Winfrey kerana menggunakan perkataan Own Your Life (OWL) sebagai slogan motivasi.

Isunya, Simone Kelly-Brown mendakwa Oprah Winfrey menyebarkan motivasi yang berkait rapat dengan trademark syarikatnya, sekaligus melanggar undang-undang berkaitan trademark. Tuntutan Simone Kelly-Brown ada menyebut, “kerana tertuduh (Winfrey dan Harpo) mempunyai syarikat yang besar, lebih banyak wang, mempunyai liputan meluas, dan mempunyai pengaruh untuk menarik pelanggan daripada syarikat kecil, juga merupakan salah seorang wanita paling berpengaruh dalam dunia…(OYP) secara tidak langsung telah terjejas.”

Walau bagaimanapun, jurucakap Oprah Winfrey menyatakan mereka masih belum menerima sebarang dokumen berkaitan dan enggan memberikan sebarang komen terhadap tuduhan tersebut.

Oprah Winfrey Network (OWN), sebelum ini mengumumkan untuk pakejkan semula material selama 25 tahun sepanjang pembabitannya dalam Oprah Winfrey Show, yang dijadualkan berakhir sekitar May, untuk sebuah program baru berjudul Own Your Life.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét