Thứ Hai, 1 tháng 8, 2011

David Guetta Bakal Datang Ke Malaysia?

Yes, you heard that. Menurut satu sumber tidak rasmi, sebuah syarikat telekomunikasi tempatan yang kini agresif dengan kempen pemasaran akan membawa DJ no 2 dunia (sumber: Dj Mag), David Guetta demi menarik lebih ramai pengguna menggunakan rangkaian Blackberry mereka.

David Guetta yang popular dengan lagu feat seperti Who’s That Chick – Rihanna dikatakan dijadualkan akan membuat kemunculan di Kuala Lumpur sekitar akhir tahun ini. Kedatangan David Guetta sememangnya dinanti ramai peminat yang amat gemarkan muzik bergenre elektro.

Kali terakhir David Guetta hadir di negara Asia adalah pada bulan 12 2010 untuk membuat persembahan sempena Zouk Out Festival yang berlangsung di Pulau Sentosa, Singapura. Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada David Guetta mahu pun syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam penganjuran tersebut.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét