Thứ Hai, 1 tháng 8, 2011

Program Ramadhan : Bazaar Ramadhan @ TV3

Sebuah program santai yang mencari juadah berbuka puasa di bazaar Ramadan. Bersama Qi (Qushairi Razali) untuk meninjau beberapa lokasi di serata Malaysia untuk mengetahui keunikan dan juadah istimewa. Antara bazaar Ramadan yang dikunjungi ialah Bazaar Ligamas Batang Kali, Medan Gopeng Ipoh, Pasar Satok Sarawak dan Dataran Syahbandar Kuala Terengganu.

Program sebanyak 5 episod ini akan mula disiarkan bermula 6 Ogos pada jam 7.30 malam setiap hari Sabtu di TV3. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan keenakan juadah berbuka puasa di pelbagai negeri seluruh Malaysia.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét