Thứ Hai, 1 tháng 8, 2011

Program Ramadhan : Serambi Anak Soleh

Apabila si cilik berdakwah… Sebuah program yang ceria dan bertenaga menampilkan 2 penceramah cilik dan pintar pada setiap episod berhujah tentang isu-isu kerohanian mengikut pemahaman masing-masing yang akan dipantau oleh Abang Shah (Shahrizan Daud) dan Kak Laila (Nor Laila Aniza Zakaria). Antara topik yang diketengahkan ialah ‘Betul-Betul Puasa’, ‘Solat Terbaik’, “Membuat Kebajikan Tanpa Henti’ dan ‘Menghidupkan Sunnah Rasulullah’.

Rancangan yang mampu menarik minat ramai anak kecil di rumah ini akan berlangsung setiap hari Selasa pada jam 6.00 petang mulai 2 Ogos sebanyak 4 episod di TV3. Jangan lupa saksikan rancangan ini bersama anak-anak anda! Yeah!

LOGO-SERAMBI-ANAK-SOLEHSERAMBI1SERAMBI2SERAMBI3SERAMBI4SERAMBI5SERAMBI6SERAMBI7SERAMBI8SERAMBI9SERAMBI10SERAMBI11SERAMBI12SERAMBI13SERAMBI14SERAMBI15SERAMBI16SERAMBI17SERAMBI18
Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét