
Berita perpisahan kedua artis dari seberang ini telah mengejutkan ramai peminat mereka. Kami turut terkejut kerana mereka yang sebelum ini telah bernikah di tanah suci Mekah pada 23 Mei 2007 telah mengakhirkan tali perhubungan mereka menjelang bulan Ramadhan yang suci ini.
Kedua mereka sepakat untuk mengakhiri perkahwinan mereka secara baik bertempat di Hotel Le Meridien, Jakarta, dengan dihadiri oleh rakan media iaitu KapanLagi.com untuk sebuah sesi sidang media. Titi DJ iaitu penyanyi pop Indonesia yang popular dengan lagu-lagu cinta dan juga salah seorang juri Indonesian Idol berkata,
“Kami, Titi dan Ovy, melalui diskusi panjang, menyimpulkan dan meyakini, bahwa hubungan persaudaraan kami akan lebih baik buat masing-masing apabila diwujudkan dalam bentuk ikatan kekerabatan dan persahabatan, TIDAK LAGI dalam bentuk sebuah ikatan pernikahan. Kami yakin dalam bentuk persahabatan akan ada sikap saling respek yang lebih tulus dan ideal di antara kami ber-8.”
Mereka juga berharap agar dapat mengharungi bulan Ramadhan ini dengan baik walaupun berita perpisahan mereka akan tersebar luas.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét