Thứ Ba, 6 tháng 9, 2011

Anugerah Skrin 2011 Kembali, 8 Telefilem Diulang Siaran.

Penganjuran anugerah berprestij, Anugerah Skrin sememangnya ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanah air. Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air ini bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara. Kini, pengiktirafan kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang bakal diadakan pada bulan November bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2011, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2011. Ia akan disiarkan setiap Ahad, jam 10.00malam – 12.00tengah malam mulai 11 September 2011 hingga 30 Oktober 2011.

Kategori yang dipertandingkan akan diumumkan dengan lebih terperinci pada bulan Oktober kelak.

Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9 berkata, “untuk makluman, pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas Anugerah Skrin 2011 pada bulan Oktober nanti.”


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét