Konsert Yuna yang sepatutnya diadakan pada 12 September 2011 telah habis dijual. Atas pemintaan yang amat mengalakkan, pihak Dewan Filharmonik Petronas (DFP) enggan mengecewakan peminat dengan membuka slot tiket untuk konsert kedua yang diadakan pada keesokan harinya, 13 September 2011.
Konsert yang bermula pada 8.30 malam ini memerlukan penonton hadir dengan pakaian ‘smart casual’ seiring dengan reputasi DFP yang bertaraf dunia. Pembelian tiket secara online berjumlah RM80 boleh didapati melalui laman DFP.
Penyanyi bersuara unik yang popular dengan lagu Gadis Semasa & Cinta Sempurna ini sememangnya menjadi pujaan ramai, apatah lagi bakatnya kini mula diintai oleh produser daripada Hollywood.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét