Peminat How I Met Your Mother kini boleh menarik nafas lega apabila sitkom paling popular ini kembali untuk musim ke-7 sempena musim luruh di negara Amerika Syarikat. Istimewanya, peminat akan disajikan dengan 2 episod berturutan pada tayangan perdana yang dijangkakan keudara pada 19 September 2011 nanti.
Siri sitkom komedi ini sering menjadi pilihan oleh penonton seluruh dunia. Berdasarkan laporan statistik Sidereel.com, How I Met Your Mother sering menduduki tangga pertama dalam senarai 10 siri drama paling popular di dunia. Antara drama-drama yang bersaing sama ialah Pretty Little Liars, Grey’s Anatomy, Gossip Girl, True Blood, The Daily Show, Jersey Shore, The Big Bang Theory, Weeds & One Three Hill.
Kesinambungan musim ke-7 ini akan membawa penonton mengikuti kisah perkahwinan Barney Stinson (Neil Patrick Harris), seorang jejaka kaya yang kaki perempuan serta pertemuan Ted Mosby (Josh Radnor), seorang pensyarah arkitek dengan bakal isterinya. Dengan siapakah Barney Stinson akan berkahwin, serta siapakah isteri Ted Mosby akan dibongkarkan dalam How I Met Your Mother musim ke-7.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét