Thứ Năm, 8 tháng 9, 2011

(Gambar) Heroin Titanic, Kate Winslet Klon Lagenda Hollywood, Elizabeth Taylor.

Kate Winslet baru-baru ini telah menjalani sesi penggambaran dan telah ditransformkan sepenuhnya menjadi Elizabeth Taylor yang telah meninggal pada Mac tahun ini. Penggambaran bertemakan Elizabeth Taylor ini dibuat untuk sebuah majalah fesyen di US.

Elizabeth Taylor adalah seorang penyanyi dan pelakon yang paling menonjol dan popular di era-nya sehinggalah saat dia meninggal dunia. Dia dikenali sebagai seorang yang amat pentingkan kecantikan, kehidupan yang mewah dan juga matanya yang berwarna violet. Baru-baru ini, kesemua barang kemas milik wanita ini dikhabarkan akan dilelong oleh sebuah pertubuhan amal, dan keuntungannya akan terus disalurkan ke Elizabeth Taylor AIDS Foundation.

Tidak kurang juga pada Kate Winslet, 35, yang pernah menjadi heroin dalam filem box-office, Titanic dan muncul dalam keadaan separuh bogel dalam filem itu. Kate Winslet adalah seorang pelakon dan penyanyi yang berbakat dan telah banyak kali dinominasikan dalam pelbagai anugerah berprestij seperti Academy Award For Best Actress untuk filem The Reader (2008). Usha gambar selepas ini.

kate winslet 6kate winslet 5kate winslet 4kate winslet 3kate winslet 2kate winsletelizabeth taylorkate winslet 7

Kredit gambar, Wonderwall.com


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét