Thứ Tư, 7 tháng 9, 2011

Rockaway 2011 Hampa, SUM 41 & Dashboard Confessional Digantikan All Time Low & Story Of The Year!

Pada sidang media yang lepas, pihak Livescape sudah menjanjikan para peminat bahawa SUM 41 & Dashboard Confessional akan beraksi di konsert rock terbesar di Malaysia, Rockaway 2011. Namun  pihak penganjur telah membuat perubahan apabila kedua-dua band yang terkenal ini menarik diri dan digantikan dengan All Time Low & Story Of The Year yang tidak kurang hebatnya.

Rockaway yang lepas telah menerima hampir 10,000 penonton secara langsung dan 300,000 penonton di internet. Pada kali ini, pihak penganjur mengharapkan sokongan padu orang ramai dan mahu mengekalkan konsep siaran secara langsung di internet seperti sebelumnya.

Artis-artis tempatan yang akan memeriahkan konsert ini termasuklah Hujan, Jason Lo, One Buck Short, Deja Voodoo Spells, Love Me Butch, Monoloque,  Metalasia, Pop Shuvit & Project E.A.R, They Will Kill Us All dan ramai lagi.

Konsert yang akan berlangsung pada 8 Oktober ini akan bertempat di Bukit Jalil dan tiketnya boleh dibeli secara online di airasiaredtix.com.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét