Thứ Năm, 8 tháng 9, 2011

Pelakon Konstroversi, Paris Hilton Berhasrat Ingin Menjadi “Queen Of House Music”!

Konstroversi! Cuma itu sahaja perkataan yang kami rasa wujud dalam diri pemilik empayar Hilton Hotel ini. Dia yang pernah muncul dalam klip video lucah bersama teman lelakinya pada tahun 2oo3, kini berhasrat untuk menjadi seorang DJ muzik bergenre House.

Niatnya ini disahkan apabila dia kini semakin rapat dengan dj-dj terbaik di dunia seperti Deadmau5 dan Afrojack. Dj-dj ini terkenal dengan lagu mereka yang memukau jiwa dan mempunyai peminat di serata dunia. Dikhabarkan juga, Paris Hilton kini sedang cuba untuk muncul bersama mereka dalam persembahan akan datang.

Pewaris kekayaan kepada Conrad Hilton ini turut berkata, dia boleh menjadi “Queen Of House Music” kerana sekarang ini masih tiada lagi dj wanita didalam genre ini. Disebabkan itu,dia berhasrat untuk menjadi wanita yang pertama.

Berita terbaru mengatakan, Paris sekarang berada di Ibiza aka House Music Island dan sedang belajar dan mengambil pengalaman bersama David Guetta yang popular dengan lagu “Sexy Bitch”.

Kepada peminat-peminat lagu house, nantikan kemunculan Paris Hilton dengan lagunya tidak lama lagi.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét